Thursday, July 14, 2011

mahu tidak mahu, ini adalah yang terbaik.

Ya Allah, memang Engkaulah tuhan yang Maha Agung, Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Bijaksana. Segala Puji bagiMu Tuhan sekelian alam. Alhamdulillah sekali lagi aku diberi peluang untuk menerima petunjuk dariMu..
Setelah apa yg berlaku pada aku baru-baru ini, aku seakan2 terjaga, ataupun "tersedar dari hantukkan yg kuat".
memang aku mengetahui apa yg telah dikatakan sebelum ini. tetapi dek kerana iman yg begitu nipis dan rapuh, terus membuatkan aku begitu jatuh tersungkur. 
sungguhpun begitu, hatiku ini yg masih lagi terkejut dengan apa yg berlaku seolah2 tidak dapat menerima takdir ini. tetapi aku faham di atas apa yg telah berlaku sekarang ini dan cuba untuk mentaati perintahMu Ya Allah. 
Kepada insan yg berkenaan, maafkan diriku ini jika selama ini telah membuatkan kamu lalai, dan sering terjatuh..
Sesungguhnya aku ini bukanlah insan yg hebat dan kuat. kerana setiap manusia itu pasti ada kelemahannya..
aku sangat memahami apa kehendakmu, dan sangat mengharapkan apa yg kamu inginkan akan termakbul. 
aku juga inginkan seperti itu, yg pasti apa yg aku inginkan pada asalnya menjadi seorang yg taat pada perintah Allah dan Rasul serta orang tuaku. namun aku tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya. 
Mungkin inilah masa yg sesuai untukku untuk melakukan 1 titik perubahan dalam diri ini, untuk menuju di alam yg kekal abadi.
Kepada kamu, memang 1 hari nanti akan tiba juga masanya, tetapi adakah masa yg tiba itu akan membuatkan kamu benar-benar bahagia? Bukan tidak yakin dengan apa yg dirancang, tetapi perancangan Allah itu adalah lebih teliti. Sebenarnya takut untukku meletakkan harapan yg terlalu tinggi. bukan keranaku memandang yg lain, tetapi oleh kerana perancang utama yg Maha Perancang, oleh itu PerancanganNya pasti tidak akan mampu ditolak oleh sesiapa pun. Jadi berdoalah mudah2an  apa yg dirancang oleh kita mendapat berkatNya supaya terlaksana. Ku juga berdoa semoga hari itu akan tiba juga untuk kita..... Amin~

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa.

Ayah,


Masihku ingat lesu wajahmu,
Masihku ingat putih rambutmu,
Masihku ingat kedut jari jemarimu.

Masihku rasa penat kudratmu,
Masihku rasa penat kepayahanmu mencari rezeki,
Masihku rasa kesusahan dan kepayahan kita bersama

Ilmuku,
Wang ringgitku,
Pakaianku,
Semua yang ada padaku hari ini,
adalah kerana ayah..

Di sini aku masih mengingatimu,
Di sini aku masih merinduimu,
Di sini aku simpan kenangan bersamamu.

AL-FATIHAH....

Sunday, May 1, 2011

HENTIKAN gangguan seksual terhadap lelaki....


Mungkin tajuk kali ini agak pelik.Namun bagi penulis tajuk kali ini agak relevan malah dituntut oleh Islam.Mungkin antara kita hanya pernah mendengar ganguan seksual berlaku terhadap kaum wanita.Namun bagi penulis gangguan seksual terhadap kaum wanita itu berpunca dari gangguan seksual terhadap lelaki.Kalau dilihat pada pepatah Melayu juga ada menyebutkan

"JIKA TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG"

dan

"TEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI" 

Penulis berpandangan dari suatu sudut.Jika gangguan seksual berlaku terhadap wanita yang dilakukan oleh lelaki maka pasti ada ransangan yang menyebabkan ia berlaku.Penulis bukanlah menyalahkan semua wanita tetapi penulis menyalahkan wanita dan lelaki yang bertindak sedemikian.Namun konsep hanya menyalahkan tidak akan menyelesaikan masalah tersebut,untuk menyelesaikan masalah tersebut kita perlu merujuk kembali Al-Quran dan Al-Hadith semula.Bagi penulis undang-undang ciptaan manusia yang bercanggah dengan Islam adalah undang-undang yang sia-sia.

Gangguan seksual adalah penyakit hati yang perlu dirawat.Bukan saja pihak yang berpeyakit itu perlu dirawat tetapi punca penyakit itu perlu "diberi ubat" Setiap penyakit ada ubatnya namun di dalam konsep Islam bahawa mencengah itu lebih baik dari merawat.

Mungkin ada diantara kita pernah terlibat dalam gangguan seksual sama lelaki atau pun wanita.Penulis bukanlah hendak menghukum tetapi penulis hendak kita bermuhasabah bersama.Kita selaku umat Islam pasti diuji sama ada ujian tersebut ringan atau ujian yang berat tetapi yang pasti kita akan diuji untuk meneguhkan iman kita dan membezakan kita sama ada kita umat Islam atau bukan.ia bersandarkan Firman Allah 


الم (١)أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَصَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣) 


1. Alif, Laam, Miim. 
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

(Surah Al-Ankabut : Ayat 1 - 3)
Terdapat juga hadith yang perlu kita fahami untuk kita renungi untuk kita tidak lakukan kesalahan tersebut lagi


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :( لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن ) رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.”

(Riwayat al-Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810, dan Muslim no. 57) 

Malah Allah juga pernah berfirman melarang kita mengikut hawa nafsu kita 


عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلا تَذَكَّرُونَ (٢٣)


Dengan Yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
(Surah Al-Jastiyah : Ayat 23)

Merawat Penyakit Gangguan Seksual 
Lelaki 

Untuk merawat penyakit tersebut mungkin antara kita lebih banyak menyalahkan lelaki seolah-olah kesilapan itu lebih kepada pihak lelaki.Bagi penulis kesalahan itu bukanlah hanya terletak pada bahu lelaki tetapi ianya juga terletak pada tanggungjawab wanita itu sendiri juga. Namun penulis tidak menafikan lelaki juga perlu bertanggung jawab dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual.Untuk mengurangkan gangguan seksual yang dilakukan oleh lelaki,pihak lelaki perlulah menjaga syahwatnya atau pun nafsunya bersandar Firman Allah ;


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. 
(Surah An Nur : Ayat 30)



Wanita

Namun pada pendapat penulis adalah tidak wajar jika lelaki menjaga pandangan tetapi sebilangan wanita terus menerus "permandangan".Oleh itu pihak wanita juga harus bertanggungjawab untuk tidak membuat "permandangan" supaya golongan wanita tidak merangsang seksual lelaki atau dengan katakan lain "Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki".
Sedikit formula bersandarkan Al-Quran untuk menghentikan gangguan seksual di lakukan oleh sebilangan wanita.Ia bersandarkan Firman Allah :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١) .

31.Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. 

(Surah An Nur : Ayat 31)


Dan 

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


Umum

i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata: "Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku." Dalam riwayat lain beliau bersabda: "Tundukkan pandanganmu." (Riwayat Muslim)

Daripada ’Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya berkata, Rasulullah SAW bersabda kepada ’Ali bin Abi Talib RA: "Hai 'Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya."
(Riwayat Abu Dawud).

ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan syarak.

Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
(Riwayat al-Tirmizi).



iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak syarak, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya.

Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seandai Tidak Dirawat.


Seandai gangguan seksual terus menerus berlaku pasti zina akan terus berlaku kerana syahwat agak sukar dibendung dan apabila tidak dibendung ia akan terus menular ke perbagai masalah yang lain seperti zina dan rogol.


Bagaimana pun penulis ingin mengajak pembaca berfikir kesan zina yang berpunca dari gangguan tersebut bersandarkan hadith di bawah
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:

لا تقوم الساعة حتى يتسافدوا في الطريق تسافد الحمير . قلت : إن ذلك لكائن ؟ قال : نعم ليكونن.
“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”.
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)
 



Daripada Maimunah RA berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
لا تزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا فإذا فشا فيهم ولد الزنا فأوشك أن يعمهم الله بعذاب
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” 
(Riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”.
(Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)


Wallahua'lam

 
P/S: sumber dipetik daripada FARISZ@AZ.Com..
        oleh itu, kpd kaum wanita, klu bole, jgn la dedahkan2 sgt apa yg korg ade 2, khususnye pada lelaki..      
        silap2 boleh juling mata lelaki pandang korg~

Tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..

hehe... tiba2 lak nk upload video clip ni... boleh dijadikan tauladan untuk suami isteri... nampak cute larhh... haha.. Sangat kreatif kepada orang yang buat video ni..

Sunday, March 27, 2011

"Nasib seorang lelaki yang bergelar ayah"

Dalam kesibukan hari ini, aku tidak tahu apakah sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku ini.. Tapi yang pastinya adakah semua yang aku lalui ini cuma sekadar sahaja atau memang sudah ditetapkan dalam hidup ini.
Tersentuh hati ini tatkala melihat seorang orang tua yang seolah-olah tidak bermakna lagi di dalam hidup anak-anak, pepatah selalu menyebut bahawa seorang ibu, ayah boleh menjaga sepuluh anak dalam satu masa, ini kan pula anak tidak mampu menjaga ibu atau ayah seorang..
Hati ini tertanya-tanya, dimanakah sikap prihatin seorang anak kepada kedua orang tuanya.. Apakah anak itu sudah tidak mampu untuk menjaga ayah atau ibu mereka. Inilah yang harus dibimbangkan. Kesibukan anak-anak dalam mencari rezeki, mereka lupa bahawa Allah yang memberi mereka rezeki. Bahkan mereka juga lupa bahawa rezeki itu sebenarnya datangnya dari sebahagian orang tua kita..
Sebenarnya orang tua kita tidak pernah meminta wang ringgit dari kita, dan apa yg mereka mahukan adalah perhatian dan kasih sayang kita..
Saya berharap kepada anda yang masih ada ayah, kasihanilah mereka, curahkanlah kasih sayang anda sebagaimana mereka mengasihi anda sewaktu anda kecil. Jangan menyesal dikemudian hari..

Monday, February 14, 2011

Kesian Dia.....


nak tau ke kenapa tajuk kat atas tu kesian?? huhu.. begini al-kisahnya...
hari ni bangun seawal pukul 5.30 pagi.. punye la sejuk.. kata org "sejuk gile".. bangun dengan penuh semangat. tak pernah gosok seluar, pegi gosok seluar. hehe.. bukan pe.. nak nampak kemas masa first day.. da abis mandi,solat semua, keluar rumah seawal pukul 7 pagi. hampir 1 jam perjalanan, sampai la.. masuk pukul 9. tapi sampai pukul 8.. hahaha... terawal 1 jam pulak.. pi cari pulak kedai makan.. jumpa bistro mamak... tengok-tengok tak macam bistro pun... macam kedai mamak biasa je.. tapi, tak pe la... memandangkan perut ni nak sangat berisi. jam dah pukul 8.15 pagi. masih ada lagi baki dalam 45 minit.. tunggu je la kat kedai mamak tu sampai 8.30.. pastu terus gerak ke tempat kerja yang tidak beberapa jauh dari situ. sampai-sampai duduk la menunggu macam tunggul batu.. sampai la pukul 9 pagi...  tunggu punya tunggu, "ish.. mana la dia orang ni, sorang pun tak nampak. ke, dia org ni cuti. kalau cuti, kenapa tak bagi tau aku??" itu la soalan yang berguling-guling kat kepala otak aku ni. Orang yang kat situ da muak agaknya tengok muka aku.. hahaha... lantak la. aku tak kacau dia orang pun.. dah setengah jam pun aku tunggu, masih jugak takde orang datang... memang sahih la dia orang ni cuti! ape lagi, menyumpah-nyumpah la aku sorang-sorang kat situ.. matahari pun makin naik, last-last, ambik keputusan nak blah dari sini, dengan hati yang sangat panas dan membara.. nak balik, macam awal sangat.. nak jalan-jalan pun takde kawan.. nak pergi mana?? akhirnya aku pun buat keputusan untuk balik..

kesimpulan kat sini, cerita ni takde la ape sangat, cuma nak selitkan sedikit pengajaran.. ada 2 watak yang nak digambarkan bahawa kita ni manusia memang tidak lari daripada sifat lupa dan malas... 


1. Majikan perlulah memaklumkan kepada pekerja dari semasa ke semasa jika berlaku sesuatu yang terjadi contohnya seperti cuti dan sebagainya. ini penting bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah perselisihan faham yang akhirnya membawa kepada rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak.
2. Pekerja pula, haruslah saling bekerjasama antara dengan pihak pengurusan. Ia juga penting bagi mengelakkan berlakunya krisis di tempat kerja. dan janganlah mengambil sikap mementingkan diri sendiri. contohnya apabila terdapat cuti umum, jika majikan terlupa untuk memaklumkan kepada pekerja, pekerja perlu mengambil langkah seperti mengingatkan majikan mengenai cuti umum tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja, tolong menolong, ingat mengingati adalah perlu untuk mengekalkan keharmonian dalam suasana berkerja..

KEMPEN ANTI ZINA DILANCARKAN


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak menghalang rakyat Selangor untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sebaliknya serbuan dan operasi mencegah maksiat hanya untuk menyedarkan masyarakat beragama Islam sahaja. 

Kerajaan Negeri semalam melancarkan Kempen Anti Zina siri ketiga untuk mengatasi masalah sosial sempena Hari Kekasih. 

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini bukanlah tindakan menghalang pergerakan golongan belia, sebaliknya menjaga maruah golongan muda beragama Islam. 

“Janganlah apabila serbuan dilakukan, ada yang katakan Selangor ketinggalan dari menggalakkan pergaulan sebaliknya kami hanya menghalang pergaulan bebas sahaja. 

“Dalam usaha ini kita bukan mahu kekerasan, hanyalah nasihat tentang perkara yang perlu kita perbetulkan, oleh yang demikian kita perlu mencegah dengan cara yang baik,” katanya ketika merasmikan kempen semalam. 

Menurutnya, program ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di bawah Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) bertujuan untuk melahirkan golongan muda yang berguna kepada bangsa dan negara. 

“Kasih sayang bukan satu perbuatan yang berdosa, sebaliknya maksiat merupakan perkara yang perlu dihindari terutama kepada golongan muda yang belum berkahwin,” katanya. 

Kempen Anti Zina terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama merupakan program pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Besar semalam. 

Fasa kedua pula melibatkan kempen mengedar risalah berhubung isu gejala sosial, pergaulan bebas dan pembuangan bayi oleh Jabatan Kerajaan Negeri, Badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan. 

Manakala, fasa ketiga pula merupakan program pemeriksaan ke lokasi-lokasi panas di seluruh Negeri Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dilakukan pada Hari Kekasih. 

Sementara itu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa semua ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan golongan remaja di Hari Kekasih bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif seperti maksiat dan masalah pembuangan bayi. 

Timbalan Yang Dipertua Abim Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mahu kesemua ahli keluarga tidak mengambil mudah isu Hari Kekasih. 

Menurutnya, golongan remaja perlu dipantau segala pergerakan mereka bagi mengelakkan perkara negatif mempengaruhi minda mereka terutama dalam menyambut Hari Kekasih ini. 

“Semua agama tidak pernah menyuruh penganutnya untuk melakukan perkara negatif termasuk ketika berlangsungnya Hari Kekasih. 

“Oleh yang demikian semua ibu bapa perlu mengambil peranan dalam memantau anak-anak mereka di Hari Kekasih nanti, kerana peranan ibu bapa juga penting dalam memastikan gejala negatif tidak menular di negara ini,” katanya. 

Menurutnya, Abim khuatir isu pembuangan bayi dan maksiat akan berleluasa ketika berlangsungnya Hari Kekasih ini. 

Sebelum ini, Pas telah merancang untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Kekasih. 

Beliau turut mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih.


* petikan dari Sinar. Bagi saya kempen ini perlu diteruskan bukan hanya perlu diteruskan hanya pada hari valentine sahaja... Tetapi pada hari yang lain.