Sunday, March 27, 2011

"Nasib seorang lelaki yang bergelar ayah"

Dalam kesibukan hari ini, aku tidak tahu apakah sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku ini.. Tapi yang pastinya adakah semua yang aku lalui ini cuma sekadar sahaja atau memang sudah ditetapkan dalam hidup ini.
Tersentuh hati ini tatkala melihat seorang orang tua yang seolah-olah tidak bermakna lagi di dalam hidup anak-anak, pepatah selalu menyebut bahawa seorang ibu, ayah boleh menjaga sepuluh anak dalam satu masa, ini kan pula anak tidak mampu menjaga ibu atau ayah seorang..
Hati ini tertanya-tanya, dimanakah sikap prihatin seorang anak kepada kedua orang tuanya.. Apakah anak itu sudah tidak mampu untuk menjaga ayah atau ibu mereka. Inilah yang harus dibimbangkan. Kesibukan anak-anak dalam mencari rezeki, mereka lupa bahawa Allah yang memberi mereka rezeki. Bahkan mereka juga lupa bahawa rezeki itu sebenarnya datangnya dari sebahagian orang tua kita..
Sebenarnya orang tua kita tidak pernah meminta wang ringgit dari kita, dan apa yg mereka mahukan adalah perhatian dan kasih sayang kita..
Saya berharap kepada anda yang masih ada ayah, kasihanilah mereka, curahkanlah kasih sayang anda sebagaimana mereka mengasihi anda sewaktu anda kecil. Jangan menyesal dikemudian hari..

No comments:

Post a Comment