Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa.

Ayah,


Masihku ingat lesu wajahmu,
Masihku ingat putih rambutmu,
Masihku ingat kedut jari jemarimu.

Masihku rasa penat kudratmu,
Masihku rasa penat kepayahanmu mencari rezeki,
Masihku rasa kesusahan dan kepayahan kita bersama

Ilmuku,
Wang ringgitku,
Pakaianku,
Semua yang ada padaku hari ini,
adalah kerana ayah..

Di sini aku masih mengingatimu,
Di sini aku masih merinduimu,
Di sini aku simpan kenangan bersamamu.

AL-FATIHAH....