Thursday, July 14, 2011

mahu tidak mahu, ini adalah yang terbaik.

Ya Allah, memang Engkaulah tuhan yang Maha Agung, Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Bijaksana. Segala Puji bagiMu Tuhan sekelian alam. Alhamdulillah sekali lagi aku diberi peluang untuk menerima petunjuk dariMu..
Setelah apa yg berlaku pada aku baru-baru ini, aku seakan2 terjaga, ataupun "tersedar dari hantukkan yg kuat".
memang aku mengetahui apa yg telah dikatakan sebelum ini. tetapi dek kerana iman yg begitu nipis dan rapuh, terus membuatkan aku begitu jatuh tersungkur. 
sungguhpun begitu, hatiku ini yg masih lagi terkejut dengan apa yg berlaku seolah2 tidak dapat menerima takdir ini. tetapi aku faham di atas apa yg telah berlaku sekarang ini dan cuba untuk mentaati perintahMu Ya Allah. 
Kepada insan yg berkenaan, maafkan diriku ini jika selama ini telah membuatkan kamu lalai, dan sering terjatuh..
Sesungguhnya aku ini bukanlah insan yg hebat dan kuat. kerana setiap manusia itu pasti ada kelemahannya..
aku sangat memahami apa kehendakmu, dan sangat mengharapkan apa yg kamu inginkan akan termakbul. 
aku juga inginkan seperti itu, yg pasti apa yg aku inginkan pada asalnya menjadi seorang yg taat pada perintah Allah dan Rasul serta orang tuaku. namun aku tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya. 
Mungkin inilah masa yg sesuai untukku untuk melakukan 1 titik perubahan dalam diri ini, untuk menuju di alam yg kekal abadi.
Kepada kamu, memang 1 hari nanti akan tiba juga masanya, tetapi adakah masa yg tiba itu akan membuatkan kamu benar-benar bahagia? Bukan tidak yakin dengan apa yg dirancang, tetapi perancangan Allah itu adalah lebih teliti. Sebenarnya takut untukku meletakkan harapan yg terlalu tinggi. bukan keranaku memandang yg lain, tetapi oleh kerana perancang utama yg Maha Perancang, oleh itu PerancanganNya pasti tidak akan mampu ditolak oleh sesiapa pun. Jadi berdoalah mudah2an  apa yg dirancang oleh kita mendapat berkatNya supaya terlaksana. Ku juga berdoa semoga hari itu akan tiba juga untuk kita..... Amin~